Monday, 17 August 2015

Lain

“Aku tau, Zif. Aku tau adik aku tu lain dari orang lain. Dia tak sama macam aku, dia tak sama macam depa nu, dia tak sama macam kawan kawan dia, tapi hat aku tau, dia sama macam hang. Kan, Zif?” ujar Dania bersahaja kepada Razif sambil tersenyum sinis melihat keletah adiknya, Fad yang sedang bersembang dengan kawan-kawan mereka. Razif tergamam dengan ayat terakhir Dania yang agak tersirat itu.
“Ni apa maksud hang hat sebenaqnya ni? Sama macam aku mana mai taktau. Beza banyak baqhang, aku lagi hensem dari dia kot.” Tersirat perasaan cuak dalam diri Razif tatkala membidas ayat Rania itu.

            “Come on, Zif. Hang toksah dok buat serupa aku taktau pasai luaq dalam hang. Aku dengan hang bukan baru kawan taksat ni. Lama dah aih, sejak dok beringuih lagi.” Sinis. Tersirat. Penuh makna. Sekali lagi Razif menjadi cuak. ‘Nakharam. Takkan dia dah tau rahsia aku kot.’ Razif bermonolog sendiri. Hanya ada satu cara untuk dia tahu kebenaran disebalik ayat Dania yang tersirat itu. Tanya. Straight to the point. Walaupun tahap kecuakkan dia hanya Allah yang tahu.

            Razif mengangkat muka. “Sapa yang pedajei aku ni? Sapa yang habaq kat hang pasai benda ni semua?” Keberanian dikumpul sehabis boleh untuk bertanya. Mendengar akan soalan yang diaju Razif sebentar tadi, sekali lagi Dania tersenyum sinis. ‘Finally…’ Razif hanya menunggu jawapan terpacul dari mulut Dania. Nak senyum pun dia sudah tidak berdaya.
“Zif, Zif. Hang percaya sangat la kat member member hang tu semua. Depa pedajei hang dalam diam pun, hang elok mia dok cerita semua rahsia hang dari A sampai Z nu. Hang silap pilih orang, Zif. Satu kolej tu dah tau pasai hang.” Darah berderau laju. Adrenalin mula memuncak. Razif sudah tidak keruan. Dahinya berpeluh cerau. Rokok yang dipegangnya sebentar tadi sudah menyembah tanah. Tergamam. Tanpa berlengah lagi Razif terus meninggalkan Rania keseorangan di kawasan itu.
                                                                                                


Seminggu sebelum kejadian…

            “Rania! Hang tunggu tang situ sat! Aku ada benda nak habaq kat hang ni!” Hadi menjerit dari tingkat 1 bangunan itu sementara Rania berada di tingkat 3 bangunan. Lihat sahaja Hadi sudah menuju ke arahnya, Rania terus menerpa. “Ha awatnya? Ada apa cerita?” Perempuan, gosip, memang tak dapat dipisahkan…
“Sabaq sat aih. Bagi aku ambik nyawa dulu sat. Jenuh teriak mak aku kat kampung kalau aku tiba-tiba kiok pasai tak cukup nyawa satgi.” Hadi berseloroh.
            Usai hilang cungap, Hadi memulakan bicara. “Ni, tadi aku nampak adik hang kat rooftop nu dengan Razif. Hang mesti tak caya mia la kalau aku habaq ni.” Rania mula curiga. “Habaq mai lekaih la binawe wei.” Mula terbit rasa cuak dalam diri Rania. “Amboi sabaq la. Nak habaq la ni. Aku nampak depa dua elok mia dok bercium kat ataih nu. Jahanam…..” Rania terdiam. Terlalu terkejut dengan berita yang baru dia dapat itu.

            Ini bukanlah kali pertama dia mendapat berita seperti itu tentang adiknya, Fad dengan Razif. Sudah berkali-kali orang menyampai tetapi dia tetap percayakan adiknya. Tapi kali ini, kawan baiknya sendiri yang menyampai. Dia tahu Hadi bukanlah seorang penipu, bahkan setiap butir katanya boleh dipercayai kerana dia tidak pernah berbohong dengan mereka enam sekawan. Rania mula tak senang duduk.



Hari apa taktau la kat kolej depa…

            “Hadi!” dari jauh kedengaran suara Razif memanggil Hadi yang sedang berjalan menuju ke kelas. Mendengar namanya dipanggil seseorang, Hadi terus berhenti menapak dan menunggu ketibaan gerangan yang menjerit namanya tadi. “Ha hang Zif. Awatnya? Boleh jumpa kat kelaih saja dok buat teruk, nak masuk sekali dengan aku ka?” berseloroh Hadi menegur. “Aku… Ada benda… Nak cakap ni…” tercungap-cungap si Razif yang baru lepas berlari mendapatkan Hadi.
“Uish penatnya aku dengaq hang bercakap. Mau dok rilek sat aih. Mampuih kat sini jenuh aku nak jawab.” Razif hanya mampu tersengih. Oksigen tak cukup lagi tu.
            Hadi dan Razif berjalan menuju ke kelas sambil bersembang. Tak dipedulikan lagi dah orang di belakang yang sedang ingin bergegas menuju destinasi. “Awatnya yang hang nak jumpa aku sangat ni sampai tak menyempat nak jumpa kat kelaih?” Hadi memulakan bicara. Dek kata matsaleh Ostolia; curious. Dah cukup oksigen yang disedut, Razif pun menyambung perbualan.
“Aku nak mintak hang teman aku sat lepas kelaih satgi ni, pi rumah makcik aku sat. Boleh kot noh?” Hadi hanya mengangguk. Razif tersenyum sinis.

            Selesai sahaja kelas pada hari itu, Hadi terus mengikut Razif menuju ke rumah makcik Razif. Sampai sahaja mereka di sebuah rumah usang, Hadi terus keluar dari perut kereta.
 “Hang biaq betui rumak makcik hang tang sini? Nala mia usang aih. Serupa rumah tinggai dah aku tengok.” Razif hanya tersenyum sinis sambil bermonolog; ‘ha dia la, jasad hang la hat nak tinggai dalam ni satgi.’ Dicapainya kayu baseball yang terselit di bawah seat, terus Razif menuju ke arah Hadi yang masih terpinga-pinga. Kayu baseball itu dihayun laju ke kepala Hadi. Terjelopok jatuh jejaka itu menyembah bumi.

            Tak berlengah lagi, Razif terus menyeret tubuh Hadi yang sudah longlai itu masuk ke dalam rumah usang tersebut. Diletakkan tubuh itu di tengah ruang tamu lalu beredar ke tempat lain untuk mengambil peralatan.
Dia mengeluarkan kapak, parang, pisau Rambo dan sudu dari dapur lalu dibawa ke ruang tamu. Diletakkan semua peralatan itu kecuali kapak. Razif berdiri di sebelah jasad Hadi yang masih bernyawa sambil tersenyum sinis. Tanpa membuang masa, dihayunnya kapak itu tepat di perut Hadi. Berceramuk darah membasahi lantai. Perut Hadi terbelah dua. Belum cukup dengan itu, kapak yang diselaputi darah itu dihayun ke kaki Hadi. Terpacak kapak itu di dalam daging kaki Hadi tatkala dihayun oleh Razif. Kapak itu dibiarkan tertimbus.

Dia mengambil pula parang yang agak tajam. Tangan Hadi yang kaku dicapai dan didepakan. Dihayunnya parang itu mengenai tangan Hadi. Ditetak sampai putus tangan tersebut hingga tulang temulangnya hancur akibat ditetak secara tidak sistematik. Razif melakukan perkara yang sama untuk tangan Hadi yang lagi sebelah. Kedua-dua tangan yang sudah hancur ditetak itu dimasukkan ke dalam plastik. Dia kemudiannya meletakkan parang yang bercorakkan darah itu ke lantai lantas mencapai pisau Rambo yang sudah diasah.

            Perlahan-lahan Razif beralih ke bahagian muka Hadi. Pisau dipegang di tangan lalu diusap perlahan di muka Hadi. Dengan sekali nafas, Razif membelah pipi dan hidung Hadi yang mancung itu dengan pisau Rambo tersebut. Memercik darah mewarnai lantai usang itu. Kulit muka Hadi yang mulus tanpa sebarang cela itu disiat perlahan-lahan sehingga ke akhirnya.
“Cantik!” Razif memuji hasil kerja sendiri yang tidak kurang sempurna itu. Tersengih dia sendiri tatkala melihat darah meleleh ke lantai dengan ligat hingga membentuk lopak kecil.
“Orang bodoh beginilah balasannya.”

Dia meletakkan pisau Rambo yang tajam itu dan mula mencapai sudu.
“Dah lama tau aku nak buat laguni cuma takdak sapa nak jadi tikuih makmal aku. Lani hang dah volunteer kan? Cantik rah!” Dikoreknya mata Hadi yang bulat itu menggunakan sudu. Bola mata yang telah dikorek dibiarkan bergolek ke lantai. Razif lantas berdiri dan memijak kedua-dua bola mata yang dikorek tadi.
 “Sapa suruh mata ni jahat sangat pi usha orang merata! Hehehe…” Razif tersenyum puas.
Sudu dilempar ke satu sudut di ruang tamu itu. Tidak dipedulikan lagi tentang sudu itu, Razif lantas beralih ke bahagian kaki yang belum selesai. Kapak yang tertimbus di bahagian betis Hadi dicabut dan dihayun ke bahagian lutut lalu ditetak sampai putus. Kedua-dua belah kaki yang sudah hancur ditetak itu turut dimasukkan ke dalam beg plastik bersama tangan yang sudah putus tadi.

“Hang sabaq sat. Sikit lagi nak settle dah. Satgi dah settle aku blah la. Tak kacau hang dah aih pasni. Rilek sat buang seminit dua.”
Razif berkata-kata sendiri sambil tangannya lincah mengorek isi perut Hadi yang sudah kaku dikerjakannya. Usus Hadi dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam beg plastik. Segala isi perut yang sudah terburai lalu diletakkan di atas lantai. Sudah kosong perut Hadi dirobeknya, dia meletakkan pisau Rambo, kapak dan parang di dalam bahagian perut yang sudah kosong itu.
Beg plastik yang berisi bahagian badan Hadi yang sudah terputus dan terburai dari bahagian asalnya dibawa ke belakang rumah. Diletakkan beg plastik itu di satu kawasan yang sudah disusun dengan kayu api. Razif kemudiannya kembali ke dalam rumah usang itu dan mengusung keluar tubuh Hadi yang sudah tidak lengkap itu dan meletakkan tubuh kaku itu di kawasan yang berkayu api itu. Minyak tanah dicurah ke serata kawasan tersebut. Pemetik api dinyalakan lalu dilempar. Api marak menyambar dan membakar tubuh dan bahagian badan Hadi yang dipisahkan Razif sebentar tadi.


Rokok dicucuh tanda kerja sudah selesai. “Lain kali jangan menyibuk hal orang. Kalut kalah makpak aku. Pi mampuih buang.” Api terus marak menyambar. Baud aging hangit sudah mula menyucuk hidung. Razif segera meninggalkan kawasan tersebut dengan senang hati.

Saturday, 25 April 2015

Teman

"Dulu kau janji apa dengan aku? Sekarang, mana janji-janji kau dulu? Kenapa kau buat macamni dekat aku? Apa salah aku, Imran?" Bertubi-tubi soalan yang Aina soalkan kepada Imran, tunangnya setelah dia mendapat tahu bahawa Imran ingin memutuskan pertunangan mereka secara tiba-tiba. Bila ditanya alasannya, dia hanya menjawab, "kita dah tak sehaluan." Geram juga aku dengan si Imran ni. Sambil lewa sahaja dia fikir tentang perkara yang serius sebegini. Aku sebagai kawan kepada Imran tetap merasakan bahawa Aina yang bersalah dalam hal ini. Kenapa aku cakap macam itu? Sebab Aina selalu sibuk dengan kerjayanya. Langsung tidak punya masa untuk diluangkan dengan Imran. Boleh dikira pakai jari berapa kali mereka dapat berjumpa dalam sebulan. Tak sampai 2 kali walaupun mereka sudah berteman lama! 

Aina nampaknya macam sayang sangat ke Imran ni. Walaupun perangai Imran kadang-kadamg menjengkelkan, tapi sebab sayang, dia pedulikan saja perangai tunangnya itu. Kadang-kadang, kalau mereka sempat untuk berjumpa, aku akan ikut sama. Sebab aku dengan Imran 'officemate'. Dia orang pun berjumpa time waktu makan tengahari. Nak tak nak, terpaksalah aku ikut atas desakan Imran. Ada satu hari tu, Aina melemparkan kata-kata kesat terhadap Imran hanya kerana Imran dan aku terlambat sampai di tempat yang dijanjikan. Bukan lambat mana pun, hanya lambat 5 minit sahaja dari masa yang dijanjikan. Panas pulak hati aku.

Usai sahaja berjumpa dengan Aina untuk memutuskan pertunangan mereka, aku membawa Imran ke sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari pejabat Aina. Malas pula rasanya nak 'drive' jauh-jauh. Aku pesan air untuk aku dan Imran pesan makanan untuk diri dia sendiri. Ketika Imran sedang menikmati makanannya, aku perhatikan raut wajah Imran. Tenang tapi aku tahu, jauh di sudut hatinya, dia berat nak melepaskan Aina. Bukan dia tak sayang akan tunangnya itu, tapi dia buat semua ini bersebab. Kalau sebelum kahwin pun Aina lebih mementingkan kerjaya sehingga persiapan kahwin pun disuruhnya si Imran yang siapkan, apa pula nak jadi lepas dah kahwin nanti? Jauh bukan pemikiran kami? Itulah kenyataan. Aku tahu Imran pun nakkan benda yang sama dari Aina; luangkan masa untuk dia. Ada dengan dia kerap kali. Tapi Aina tak mampu nak tunaikan permintaan semudah itu. Tak apa, biar aku 'settlekan' untuk kau orang.

Sampai saja di rumah, aku terus menuju ke dapur. Kelam kabut aku menyelongkar  almari di dapur, mencari pisau pemotong daging. Hampir 15 minit juga aku bermandikan peluh mencari pisau tersebut, akhirnya jumpa! Sekarang apa lagi yang aku perlukan? Ya. Dawai besi, playar, pen penanda dan cangkul. Gelisah aku mencari semua peralatan itu di dalam rumah. Nasib baik semuanya ada. Tak perlulah aku beli lagi. Aku letakkan semua peralatan aku tadi di dalam bonet kereta. Panaskan enjin dan terus menuju ke rumah Aina. Ya, aku harus cepat sebelum Aina memaklumkan berita tentang pertunangannya dengan Imran yang sudah berakhir. Tak sampai 15 minit 'drive', aku sudah sampai di depan rumah Aina. Aku berlari masuk ke dalam rumahnya sebab aku tahu dia tinggal seorang diri, jadi lebih mudahlah kerjaku nanti. 

Masuk saja ke dalam rumah, aku terus menapak ke tingkat atas. Aku buka pintu bilik utama dan aku dengar bunyi simbahan air dalam dalam bilik air. Aku tak tunggu lama dah, aku terus tendang pintu bilik air tersebut dan aku tampar muka Aina sehingga pengsan. Selesai satu tugas. Tugas seterusnya, mengheret Aina masuk ke dalam kereta. Itu pun sudah selesai. Sudah selesa Aina aku tempatkan di tempat duduk belakang, terus aku menuju ke rumah Imran pula. Dekat sahaja, tak sampai 10 minit pun perjalanan sudah sampai. Sama juga, tidak aku tunggu lagi, aku terus berlari masuk ke dalam rumah Imran. Dia sedang leka berbaring di ruang tamu sambil menonton TV. Tidak sempat dia menuturkan persoalan, aku terus membelasahnya sehingga pengsan. Aku seret tubuh Imran ke kereta. Aku letakkan di atas tubuh Aina. "Sabar kejap tau kau orang. Kejap lagi kau orang akan bersama." 

Kali ini perjalanan balik ke rumah ambil masa sedikit kerana tugas kecilku telah selesai, bolehlah aku bawa dengan relaks sedikit. 30 minit perjalanan, sudah kelihatan rumahku tersergam indah. Aku parkirkan keretaku di 'porch' lalu aku seret keluar tubuh Imran dan Aina masuk ke dalam rumah. Tubuh mereka aku hamparkan di ruang tamu. Bolehlah aku buat kerja sambil tengok TV. Aku mulakan dengan Aina. Aku tandakan garisan putus-putus dari ubunnya sampai ke bawah pusat. Aku lakukan perkara yang sama pada tubuh Imran. Ah terlupa pula, pisau! Aku berlari menuju ke dapur untuk mengambil pisau lipat di atas peti ais. Aku meluru kembali ke ruang tamu lalu aku dekati tubuh Aina. Aku capai tangan kanannya, kemudian aku lalukan pisau lipat itu di pergelangan tangannya. Darah merecik-recik mengenai sofaku. 'Harap-harap matilah.' Aku berharap di dalam hati. Aku lakukan juga perkara yang sama pada Imran. Darah Imran juga merecik-recik mengenai sofaku. Aku biarkan lalu aku mulakan kerjaku.

Aku ambil pisau pemotong daging yang telah aku asah tadi siang dan aku letakkan di ubun-ubun Aina. Chakkkkkkkkkk! Aku tetak ubunnya. Darah usah disebut, merambu-rambu keluarnya! Pedulikan. Aku tetak lagi dan lagi dan lagi. Sehinggalah tiba di atas pusat Aina. Kemudian aku habiskan kerjaku pertamaku di situ. Siap satu kerja! Tiba pula giliran Imran. Aku lakukan perkara yang sama terhadap Imran. Aku tetak kepalanya di tengah-tengah, hingga ke leher kemudian ke dada bidangnya sehinggalah ke penghabisan. Siap dua kerja. Yang terakhir bakal menyusul. Aku capai badan Aina yang sudah tinggal setengah itu, dan aku gabungkan dengan badan Imran yang telah ku tetak setengah tadi. Aku cucukkan dawai besi di badan Aina dan aku sambungkan di badan Imran. Aku jahit, jahit dan jahit sampai habis. Aku lakukan perkara yang sama juga untuk badan mereka yang lagi setengah. Aku jahit, jahit, jahit sampai ke hujung kepala. Selesai! Fuh, penat pula rasa.

Aku menuju ke dapur untuk meneguk segelas air kosong. Aku cuci tangan yang penuh dengan darah mereka tadi. Aku kembali semula ke ruang tamu. Aku lihat kembali separuh tubuh Aina yang aku cantumkan dengan separuh tubuh Imran. Rasa kelakar pula sebab wajah mereka langsung tidak serupa. Malas nak tunggu lama-lama lagi takut rumah berbau hanyir, aku seret tubuh mereka yang telah aku cantumkan tadi ke laman belakang. Aku cangkul tanah yang sekangkang kera itu mengikut skala liang lahad. Selesai sahaja mencangkul, aku golekkan tubuh mereka ke dalam lubang yang telah aku gali. Sempurna! Perfect! Aku tersenyum girang. 

Sambil bersiul kecil, aku kuburkan tubuh mereka di dalam lubang itu. Selesai sahaja tugas terakhirku, aku tersenyum sampai ke telinga. Puas hati dengan tugasku. Sebelum menapak masuk ke dalam rumah, sempat juga aku berpesan kepada mereka yang sedang bahagia di dalam tanah itu. "Ha, itu, aku dah tunaikan impian kau orang yang nak selalu jumpa, yang nak selalu bersama, nak selalu ada teman di sisi. Dah, jangan merungut dah lepas ni. Kalau dahaga dekat dalam sana, panggillah aku. Nanti aku siramkan air." 








Sahabat

Pagi itu indah nian. Burung berkicauan seakan akan memberiku semangat untuk mengisi masa lapangku hari ini. Ya, hari ini aku ingin mengisi masa lapangku dengan membantu aktiviti rewang untuk kenduri kakak si Atiqah esok. Najwa dan Intan pun turut sama bersetuju untuk membantu. Sampai sahaja aku di sana, sudah kelihatan mereka bertiga sedang asyik memotong daging sambil bersembang rancak, sampai aku sudah ada berdekatan pun mereka tidak sedar. Cisss.

"Amboi, seronoknya berbual! Sampai aku dah ada dekat sini pun korang tak perasan!" Tegur aku dengan nada sindiran. Mereka bertiga hanya tersengih seperti kerang busuk. Atiqah mempelawa aku untuk duduk di sebelahnya. Aku hanya menurut. Setelah itu aku dibahagikan tugas untuk membersihkan daging yang telah dipotong. Sedang aku leka membersihkan daging tersebut, Intan menegurku. "Hang pergi mana lama tak nampak?" Aku hanya tersenyum. "Ha ah kan, lama hang hilang. Lagi sorang si Ain. Dah lama jugak aku tak nampak dia. Adalah dalam dua tiga hari dah." Najwa menambah. Dengar sahaja Najwa menuturkan nama Ain, lantas aku membuka mulut. "Aku sibuk sikit dua tiga hari ni. Ada hal yang terpaksa aku uruskan." Jawab aku sambil meneruskan aktiviti membersihkan daging yang telah mereka potong itu. 

Sebenarnya aku yang memberikan daging itu kepada Atiqah semalam. Tetapi dengan pertolongan adik aku. Aku menyuruhnya menghantarkan daging-daging ini ke rumah Atiqah, boleh juga dibuat lauk untuk malam merewang nanti. Sedang aku ralit membersihkan daging tersebut, kedengaran Atiqah memanggil namaku. "Kertas." Pelik. "Ya? Ada apa?" Jawab aku sambil tersenyum. Ya, aku sendiri tidak tahu kenapa aku tersenyum acap kali menjawab persoalan mereka. "Aku dengan Ain nak minta maaf dekat hang, pasal kes minggu lepas." Kenyataan yang dikeluarkan Atiqah sebentar tadi benar-benar membuatku mengukir senyuman ikhlas. 'Akhirnya, kau ungkapkan jua ayat hikmat itu. Tapi malangnya, sudah terlambat.' Aku berkata-kata di dalam hati. Melihatkan aku diam tak bersuara setelah seberapa lama kenyataannya diutarakan, Atiqah menegurku lagi. "Kertas? Hang dengar dak apa aku kata ni?" Aku tersenyum. "Dengar." Hanya itu yang mampu ku jawab. Najwa dan Intan hanya memandang sesama sendiri. Mana tidaknya, selalunya sepatah orang tanya, satu muka surat karangan aku balas. 

Usai selesai memotong dan membersihkan daging, kami berempat menuju ke ruang tamu rumah. Sebelum itu, aku mengikut Atiqah ke belakang rumah, mahu menyerahkan daging-daging mentah yang telah siap diproses sebentar tadi. Najwa dan Intan menunggu kami di kerusi yang diletakkan di tepi tingkap. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi kosong itu, Atiqah mula bersuara. "Aku harap hang dapat maafkan aku dengan Ain. Aku menyesal sebab buat macamtu dekat hang. Maafkan aku. Maafkan Ain." Aku hanya tersenyum. Kali ini senyumanku lebih sinis dari sebelum ini. "Ok." Hanya sepatah yang mampu ku jawab. Tidak mahu keadaan menjadi kekok, giliran aku pula untuk bersoal. "Mana Ain? Hang kan bestfriend dia." Sindir? Ya, itu memang niatku. Atiqah hanya tertunduk memandang  lantai. "Aku tak tahu. Lepas ja kejadian minggu lepas tu, Ain terus hilangkan diri." Air mata Atiqah seperti mahu menitik tapi ditahan jua. Najwa dan Intan hanya memandang riak wajahku. Aku dalam dilema antara untuk ikut sedih atau terus tersenyum sinis. Cuak juga kalau rahsia terbongkar, aku memilih untuk turut bersedih. Drama? Baru sedikit.

Malam pun tiba. Keluarga Atiqah begitu gembira untuk menerima keluarga ipar baru esok. Setelah penat merewang, keluarga Atiqah menyediakan jamuan makan untuk penduduk kampung yang turut sama membantu dalam aktiviti rewang tadi siang. Daging yang kami proses tadi dimasak gulai. Enak baunya. Orang tua-tua hanya menyedok gulai dan bukan dagingnya. Hanya Atiqah, Najwa dan Intan yang melahap daging tersebut sehingga licin. Mereka turut menambah nasi untuk kali yang kedua. Selesai jamuan makan, kami berempat memilih untuk melepak di dalam khemah yang sudah dilengkapi dengan meja dan kerusi untuk para tetamu. Sebelum ke khemah, kami masing-masing mengisi air sirap di dalam cawan dan membawanya sekali ke khemah. Intan meneguk air yang sudah tinggal setengah cawan sampai habis. Lalu dia terus bertanya secara umum, "daging tadi tu beli di mana? Ke ada orang yang kasi?" Aku hanya diam, menunggu jawapan dari orang yang sepatutnya. 


"Kertas yang bagi semalam. Adik dia tolong 'pass' ke aku." Intan dan Najwa hanya mengangguk mengiakan. "Mana hang dapat daging tu, Kertas? Beli dekat mana? Liat, sedap." Giliran Najwa pula bersuara. Akhirnya, tiba jua giliran aku untuk bersuara. "Oh, itu daging sahabat hampa, Ain. Aku lapah siap-siap dagingnya dari tulang, supaya senang nak diproses. Tulangnya ada aku tanam di belakang rumah aku. Kalau nak melawat, kasi tahulah. Boleh aku sediakan air mawar." Mendengarkan kenyataan aku, Atiqah jatuh terjelopok di atas tanah. Akibat terlalu terkejut, dia meninggal pada saat itu juga. Intan dan Najwa memuntahkan kembali semua isi makanan yang mereka telan tadi. Walaupun sudah tiada isi makanan untuk dimuntahkan, mereka tetap menjolok jari ke dalam tekak akibat terlalu loya. Akibatnya, mereka muntah darah dan meninggal di tempat kejadian. Melihatkan mereka menderita, aku sudah mampu tersenyum bahagia. Terima kasih sahabat, kalau tidak bukan kerana mulut kalian, tak merasalah aku nak bahagia sekarang. Ini balasan untuk sahabat yang suka mengumpat sahabat sendiri.




Sunday, 5 April 2015

Lunak

            Pintu bilik air aku kuak perlahan. ‘Tak kunci rupanya. Perempuan zaman sekarang semua benda dia orang ambil mudah.’ Usai sahaja pintu bilik air dikuak, kelihatan satu pemandangan yang selalunya mempersonakan setiap jejaka yang melihatnya. Tapi tidak termasuk aku. Tak selera tengok mangsa sendiri. Tanpa menunggu masa untuk Fara sedar yang aku berada di belakangnya, aku terus menghayunkan kapak yang ku asah semalam ke tengkuknya. ‘Sekali hayun saja sudah terpisah kepala dengan jasad. Dasar perempuan lemah!’ Malas nak berleter seorang diri dalam bilik air itu, aku terus memulakan kerja aku. Perkara pertama yang harus dibuat mestilah berkaitan mulutnya. Kan ada pepatah ‘kerana mulut badan binasa.’ Ini jugalah penyebab kenapa perempuan ni aku tolong tarikkan nyawanya bagi pihak malaikat.
            Kepalanya yang bergolek jauh ke tepi kolah itu aku capai. Sungguh, wajahnya yang ayu itu mampu mencairkan semua jejaka di kampung ini. Tapi, dia dah buat hal dengan aku. Tiada masa aku nak cair dengan manusia seperti ini. Lantas aku keluarkan pisau Rambo dari kocek seluarku, dan aku pegang bibir mungilnya. Aku elus perlahan sambil mengamati wajahnya. ‘Sudahlah. Meluat pulak aku tengok. Puih.’ Aku ludah ke bibirnya dan zasss! Sekali rentap dengan pisau Rambo ku sahaja sudah mampu membelah bibirnya menjadi empat bahagian. Lalu aku robek bibirnya sampai dagunya terkoyak. Hidungnya aku kerat sehingga menjadi selaras dengan pipi. ‘Cantiknya!’ Aku tersenyum sendiri tatkala melihat corak abstrak di dinding bilik air itu. Ingat senang nak dapat corak begitu? Heh. Aku tahu aku artistik.
            Selesai bahagian mulut dan hidung, aku teruskan ke bahagian mata. Ya, mata dia memang redup. Lagi redup dari pohon yang rendang. Heh, ingat aku kisah? Lantas aku benamkan pisau Rambo aku ke dalam mata redupnya. Tarik keluar, benam lagi. Tarik lagi, benam lagi. Aku ulang perbuatan yang sama sehingga bola matanya hancur seperti daging kisar. ‘Fuh, daging kisar. Sedap!’ Bahagian mata, selesai! Bahagian terakhir di kepala; telinga. Ini hal senang. Sekali harung je dah selesai. Aku pegang telinganya sehingga kelihatan seperti orang capang, lalu aku lalukan pisau Rambo ku di ruang antara telinga dan kepala. Sekali lalu sahaja, telinganya terputus dari tempat asalnya. Aku lemparkan picisan telinga itu ke lantai. Aku belum puas! Aku harus bertindak cepat!
            Kepala yang sudah aku selesaikan itu aku lempar masuk ke lubang jamban. “Kau duduk situ diam diam! Biarkan aku habiskan kerja aku dulu!” Aku berteriak sendiri. Adrenalin di dalam tubuhku semakin memuncak. Aku melutut di sebelah badan yang telah terpisah dari kepala itu, lalu aku capai bahagian tangan kanan. Aku keluarkan kembali kapak yang telah diasah, lalu aku hayunkan di pelipat tangannya. Terputus! Aku gembira kerana kerjaku kali ini jauh lebih mudah dari sebelum-sebelum ini. Aku lakukan perkara yang sama untuk tangan kirinya.
Selesai sahaja aku uruskan bahagian tangan, kakinya pula menjadi mangsa aku. Sebelum itu, aku pijak-pijakkan dulu di bahagian lutut. Dengar sahaja bunyi tulang patah, aku tersenyum galak. ‘Seronok betul kerja kali ni.’ Aku ambil kembali kapak tadi, aku hayunkan di lutut kaki kirinya. “Ala, tak putus pulak! Keras betul tulang kau ni!” Heh, tetiba aku rasa perempuan ni menyusahkan aku. Oh memang pun, sebab itu dia jadi begini. Aku teruskan kerja aku sehingga selesai. Aku tikam bahagian perutnya sehingga bunyi pisau terkena lantai. ‘Ha, tembus pun! Ingatkan kenyal sangat isi kau.’ Lantas aku tarik kembali pisau yang telah ku benamkan, dan aku benamkan sekali lagi. Kali ini, aku robek keluar isi perutnya. ‘Fuh, panjang betul usus kau!’ Aku tergelak sendiri.
            Usai 30 minit melakukan kerja aku, akhirnya semuanya selesai. Tubuhnya hancur aku kerjakan. Isi perutnya aku robekkan sampai kosong perutnya. Aku belum puas! Aku capai kembali kepalanya yang aku humban ke dalam lubang jamban tadi. Lalu aku tatap mukanya yang dah hancurkan aku kerjakan tadi. Perlahan aku bisikkan ke tapak telinganya yang sudah putus, “Lain kali, jangan menyibuk nak sertai pertandingan menyanyi kalau adik aku dah masuk. Kau ingat suara kau lunak sangat ke sial? Ini padahnya kalau itu yang kau anggap. Terimalah nasib yang sama macam kawan kau tu.” Aku baling kepala tersebut ke dinding. Bergolek-golek kepala itu di lantai. Aku puas. Ya, aku puas.
            Selepas mencuci tangan dan membersihkan pisau Rambo dan kapak yang aku gunakan tadi, aku berjalan keluar dari rumah itu sambil bersiul. Aku menapak balik ke rumah dengan hati yang gembira. Kelihatan adikku sedang berbasikal menuju ke rumah. Dia tersenyum kepadaku, senyum yang penuh dengan makna. Aku bahagia melihat senyuman adikku yang indah itu. Aku nak senyuman itu kekal sampai bila-bila. Kalau ada yang menghalang aku dari melihat senyuman itu, akan ku kerjakan sampai lumat. Itu janji aku.



Sehari sebelum…

            Kelihatan adikku, Mira sedang menangis teresak-esak di tangga rumah. Aku mendekatinya untuk bertanyakan masalah yang sedang dihadapi. “Eh, kenapa ni dik?” Mira hanya tersengguk memandangku. Sedu akibat menangis terlalu lama barangkali.
 “Abang, adik nak masuk pertandingan menyanyi minggu depan. Tapi, Fara dan Diana, dia orang ejek adik. Katanya suara mereka lagi lunak dari suara adik. Adik sedih kena caci depan orang macam tu, bang.” Mira terus menangis.
Aku tak sanggup melihat adikku menangis kerana orang yang sama lagi. Cukuplah kali ini dia menangis kerana mereka. ‘Ini yang terakhir kali.’ Janjiku pada diri sendiri. “Adik jangan risau. Lepas ni dia orang takkan kacau adik dah.” Mira hanya mampu tersenyum dalam tangis. ‘Ini yang terakhir kali. Ya, terakhir kali.’ “Adik tunggu dekat rumah sampai abang balik, ok? Abang ada kerja sikit.”