“Aku tau, Zif. Aku tau adik aku tu lain dari orang lain. Dia
tak sama macam aku, dia tak sama macam depa nu, dia tak sama macam kawan kawan
dia, tapi hat aku tau, dia sama macam hang. Kan , Zif?” ujar Dania bersahaja kepada Razif
sambil tersenyum sinis melihat keletah adiknya, Fad yang sedang bersembang
dengan kawan-kawan mereka. Razif tergamam dengan ayat terakhir Dania yang agak
tersirat itu.
“Ni apa maksud hang hat sebenaqnya ni? Sama macam aku mana
mai taktau. Beza banyak baqhang, aku lagi hensem dari dia kot.” Tersirat perasaan
cuak dalam diri Razif tatkala membidas ayat Rania itu.
“Come on,
Zif. Hang toksah dok buat serupa aku taktau pasai luaq dalam hang. Aku dengan
hang bukan baru kawan taksat ni. Lama dah aih, sejak dok beringuih lagi.” Sinis.
Tersirat. Penuh makna. Sekali lagi Razif menjadi cuak. ‘Nakharam. Takkan dia
dah tau rahsia aku kot.’ Razif bermonolog sendiri. Hanya ada satu cara untuk
dia tahu kebenaran disebalik ayat Dania yang tersirat itu. Tanya. Straight
to the point. Walaupun tahap kecuakkan dia hanya Allah yang tahu.
Razif
mengangkat muka. “Sapa yang pedajei aku ni? Sapa yang habaq kat hang pasai
benda ni semua?” Keberanian dikumpul sehabis boleh untuk bertanya. Mendengar
akan soalan yang diaju Razif sebentar tadi, sekali lagi Dania tersenyum sinis.
‘Finally…’ Razif hanya menunggu jawapan terpacul dari mulut Dania. Nak
senyum pun dia sudah tidak berdaya.
“Zif, Zif. Hang percaya sangat la
kat member member hang tu semua. Depa pedajei hang dalam diam pun, hang elok
mia dok cerita semua rahsia hang dari A sampai Z nu. Hang silap pilih orang,
Zif. Satu kolej tu dah tau pasai hang.” Darah berderau laju. Adrenalin mula
memuncak. Razif sudah tidak keruan. Dahinya berpeluh cerau. Rokok yang
dipegangnya sebentar tadi sudah menyembah tanah. Tergamam. Tanpa berlengah lagi
Razif terus meninggalkan Rania keseorangan di kawasan itu.
Seminggu sebelum kejadian…
“Rania!
Hang tunggu tang situ sat! Aku ada benda nak habaq kat hang ni!” Hadi menjerit
dari tingkat 1 bangunan itu sementara Rania berada di tingkat 3 bangunan. Lihat
sahaja Hadi sudah menuju ke arahnya, Rania terus menerpa. “Ha awatnya? Ada apa cerita?” Perempuan,
gosip, memang tak dapat dipisahkan…
“Sabaq sat aih. Bagi aku ambik
nyawa dulu sat. Jenuh teriak mak aku kat kampung kalau aku tiba-tiba kiok pasai
tak cukup nyawa satgi.” Hadi berseloroh.
Usai hilang
cungap, Hadi memulakan bicara. “Ni, tadi aku nampak adik hang kat rooftop nu
dengan Razif. Hang mesti tak caya mia la kalau aku habaq ni.” Rania mula
curiga. “Habaq mai lekaih la binawe wei.” Mula terbit rasa cuak dalam diri
Rania. “Amboi sabaq la. Nak habaq la ni. Aku nampak depa dua elok mia dok
bercium kat ataih nu. Jahanam…..” Rania terdiam. Terlalu terkejut dengan berita
yang baru dia dapat itu.
Ini
bukanlah kali pertama dia mendapat berita seperti itu tentang adiknya, Fad
dengan Razif. Sudah berkali-kali orang menyampai tetapi dia tetap percayakan
adiknya. Tapi kali ini, kawan baiknya sendiri yang menyampai. Dia tahu Hadi
bukanlah seorang penipu, bahkan setiap butir katanya boleh dipercayai kerana
dia tidak pernah berbohong dengan mereka enam sekawan. Rania mula tak senang
duduk.
Hari apa taktau la kat kolej depa…
“Hadi!”
dari jauh kedengaran suara Razif memanggil Hadi yang sedang berjalan menuju ke
kelas. Mendengar namanya dipanggil seseorang, Hadi terus berhenti menapak dan
menunggu ketibaan gerangan yang menjerit namanya tadi. “Ha hang Zif. Awatnya?
Boleh jumpa kat kelaih saja dok buat teruk, nak masuk sekali dengan aku ka?” berseloroh
Hadi menegur. “Aku… Ada
benda… Nak cakap ni…” tercungap-cungap si Razif yang baru lepas berlari
mendapatkan Hadi.
“Uish penatnya aku dengaq hang
bercakap. Mau dok rilek sat aih. Mampuih kat sini jenuh aku nak jawab.” Razif
hanya mampu tersengih. Oksigen tak cukup lagi tu.
Hadi dan Razif
berjalan menuju ke kelas sambil bersembang. Tak dipedulikan lagi dah orang di
belakang yang sedang ingin bergegas menuju destinasi. “Awatnya yang hang nak
jumpa aku sangat ni sampai tak menyempat nak jumpa kat kelaih?” Hadi memulakan
bicara. Dek kata matsaleh Ostolia; curious. Dah cukup oksigen yang
disedut, Razif pun menyambung perbualan.
“Aku nak mintak hang teman aku sat
lepas kelaih satgi ni, pi rumah makcik aku sat. Boleh kot noh?” Hadi hanya
mengangguk. Razif tersenyum sinis.
Selesai
sahaja kelas pada hari itu, Hadi terus mengikut Razif menuju ke rumah makcik
Razif. Sampai sahaja mereka di sebuah rumah usang, Hadi terus keluar dari perut
kereta.
“Hang biaq betui rumak makcik hang tang sini?
Nala mia usang aih. Serupa rumah tinggai dah aku tengok.” Razif hanya tersenyum
sinis sambil bermonolog; ‘ha dia la, jasad hang la hat nak tinggai dalam ni
satgi.’ Dicapainya kayu baseball yang terselit di bawah seat, terus Razif
menuju ke arah Hadi yang masih terpinga-pinga. Kayu baseball itu dihayun laju
ke kepala Hadi. Terjelopok jatuh jejaka itu menyembah bumi.
Tak berlengah
lagi, Razif terus menyeret tubuh Hadi yang sudah longlai itu masuk ke dalam
rumah usang tersebut. Diletakkan tubuh itu di tengah ruang tamu lalu beredar ke
tempat lain untuk mengambil peralatan.
Dia mengeluarkan kapak, parang,
pisau Rambo dan sudu dari dapur lalu dibawa ke ruang tamu. Diletakkan semua
peralatan itu kecuali kapak. Razif berdiri di sebelah jasad Hadi yang masih
bernyawa sambil tersenyum sinis. Tanpa membuang masa, dihayunnya kapak itu
tepat di perut Hadi. Berceramuk darah membasahi lantai. Perut Hadi terbelah
dua. Belum cukup dengan itu, kapak yang diselaputi darah itu dihayun ke kaki
Hadi. Terpacak kapak itu di dalam daging kaki Hadi tatkala dihayun oleh Razif. Kapak
itu dibiarkan tertimbus.
Dia mengambil pula parang yang agak
tajam. Tangan Hadi yang kaku dicapai dan didepakan. Dihayunnya parang itu
mengenai tangan Hadi. Ditetak sampai putus tangan tersebut hingga tulang
temulangnya hancur akibat ditetak secara tidak sistematik. Razif melakukan
perkara yang sama untuk tangan Hadi yang lagi sebelah. Kedua-dua tangan yang
sudah hancur ditetak itu dimasukkan ke dalam plastik. Dia kemudiannya
meletakkan parang yang bercorakkan darah itu ke lantai lantas mencapai pisau
Rambo yang sudah diasah.
Perlahan-lahan
Razif beralih ke bahagian muka Hadi. Pisau dipegang di tangan lalu diusap
perlahan di muka Hadi. Dengan sekali nafas, Razif membelah pipi dan hidung Hadi
yang mancung itu dengan pisau Rambo tersebut. Memercik darah mewarnai lantai
usang itu. Kulit muka Hadi yang mulus tanpa sebarang cela itu disiat
perlahan-lahan sehingga ke akhirnya.
“Cantik!” Razif memuji hasil kerja
sendiri yang tidak kurang sempurna itu. Tersengih dia sendiri tatkala melihat
darah meleleh ke lantai dengan ligat hingga membentuk lopak kecil.
“Orang bodoh beginilah balasannya.”
Dia meletakkan pisau Rambo yang
tajam itu dan mula mencapai sudu.
“Dah lama tau aku nak buat laguni cuma takdak sapa nak jadi
tikuih makmal aku. Lani hang dah volunteer kan ? Cantik rah!” Dikoreknya mata Hadi yang
bulat itu menggunakan sudu. Bola mata yang telah dikorek dibiarkan bergolek ke
lantai. Razif lantas berdiri dan memijak kedua-dua bola mata yang dikorek tadi.
“Sapa suruh mata ni jahat sangat pi usha orang
merata! Hehehe…” Razif tersenyum puas.
Sudu dilempar ke satu sudut di
ruang tamu itu. Tidak dipedulikan lagi tentang sudu itu, Razif lantas beralih
ke bahagian kaki yang belum selesai. Kapak yang tertimbus di bahagian betis Hadi
dicabut dan dihayun ke bahagian lutut lalu ditetak sampai putus. Kedua-dua
belah kaki yang sudah hancur ditetak itu turut dimasukkan ke dalam beg plastik bersama
tangan yang sudah putus tadi.
“Hang sabaq sat. Sikit lagi nak
settle dah. Satgi dah settle aku blah la. Tak kacau hang dah aih pasni. Rilek
sat buang seminit dua.”
Razif berkata-kata sendiri sambil
tangannya lincah mengorek isi perut Hadi yang sudah kaku dikerjakannya. Usus
Hadi dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam beg plastik. Segala isi perut yang
sudah terburai lalu diletakkan di atas lantai. Sudah kosong perut Hadi
dirobeknya, dia meletakkan pisau Rambo, kapak dan parang di dalam bahagian
perut yang sudah kosong itu.
Beg plastik yang berisi bahagian
badan Hadi yang sudah terputus dan terburai dari bahagian asalnya dibawa ke
belakang rumah. Diletakkan beg plastik itu di satu kawasan yang sudah disusun
dengan kayu api. Razif kemudiannya kembali ke dalam rumah usang itu dan
mengusung keluar tubuh Hadi yang sudah tidak lengkap itu dan meletakkan tubuh
kaku itu di kawasan yang berkayu api itu. Minyak tanah dicurah ke serata
kawasan tersebut. Pemetik api dinyalakan lalu dilempar. Api marak menyambar dan
membakar tubuh dan bahagian badan Hadi yang dipisahkan Razif sebentar tadi.
Rokok dicucuh tanda kerja sudah
selesai. “Lain kali jangan menyibuk hal orang. Kalut kalah makpak aku. Pi
mampuih buang.” Api terus marak menyambar. Baud aging hangit sudah mula
menyucuk hidung. Razif segera meninggalkan kawasan tersebut dengan senang hati.
No comments:
Post a Comment